TAHUKAH anda 1 April merupakan
bermulanya minggu kesedaran kanser buah zakar? Dan tahukah anda hampir
9,000 lelaki di Amerika Syarikat (AS)
didiagnosis positif tahun ini dan 360 mati akibatnya disebabkan tidak cuba untuk memahami apakah dia kanser buah zakar. Jangan jadi sebahagian daripada statistik. Berusahalah untuk memastikan kesihatan anda terus terpelihara.
didiagnosis positif tahun ini dan 360 mati akibatnya disebabkan tidak cuba untuk memahami apakah dia kanser buah zakar. Jangan jadi sebahagian daripada statistik. Berusahalah untuk memastikan kesihatan anda terus terpelihara.
Apakah kanser buah zakar?
Kanser buah zakar atau testis adalah
jenis kanser paling lazim menyerang lelaki muda yang berusia antara 15
hingga 35 tahun. Biarpun begitu, ia boleh menyerang pada sebarang
kumpulan usia. Kanser buah zakar biasanya dikesan sama ada secara tidak
sengaja atau melalui pemeriksaan sendiri.
Dianggarkan terdapat 14 jenis kanser
yang berasal daripada buah zakar. Namun kebanyakannya bermula dengan sel
germa, di mana sel sperma dihasilkan. Kanser buah zakar boleh
dibahagikan kepada dua kategori:
Kanser seminoma:
Dibentuk oleh sel germa primer yang
membesar dengan perlahan dan secara relatifnya tidak merebak.Secara
kasar ia membentuk 40 peratus kes kanser testis.
Kanser non-seminoma:
Berpunca daripada sel germa yang lebih
matang dan agresif berbanding seminoma. la juga adalah kombinasi
beberapa jenis kanser yang berbeza.
Sehingga kini penyebab kanser buah zakar
masih menjadi misteri. la menyerang lelaki muda secara rawak.Biarpun
beberapa faktor telah dikenal pasti tetapi punca utama masih belum
ditemui. Bagaimanapun, kebanyakan kes kanser buah zakar boleh dirawat
sekiranya dikesan diperingkat awal. Dan ia boleh dilakukan sekiranya
anda membuat pemeriksaan diri sendiri setiap bulan.
Apakah simptom-simptomnya?
Kanser buah zakar boleh dibahagikan
kepada tiga peringkat.Beberapa siri ujian dan imbasan harus dilakukan
untuk mengetahui tahap penyakit seseorang itu.
Peringkat pertama kanser hanya terbatas
pada buah zakar. Andainya sudah merebak, ia akan bergerak menuju ke
nodus limfa retroperitoneal, kelenjar yang menapis bakteria clan
pembentukan sel kanser dalam cecair limfa yang terletak antara diafragma
dan buah pinggang, dekat bahaglan belakang tubuh.
Pada peringkat akhir, kanser akan
merebak ke seluruh tubuh kemudian paru-paru, otak, hati dan tulang.Kalau
kanser yang menyerang adalah agresif dan dibiarkan tidak
dirawat,kematian bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana 95 peratus
kanser buah zakar adalah malignan (bahaya) dan merebak jika tidak
dirawat,
Kanser buah zakar boleh menunjukkan
simpton-simptom di bawah. Harus diketahui simptom-simptom ini juga boleh
disebabkan oleh keadaan tidak berbahaya yang lain, jadi pendapat
daripada ahli urologi sangat digalakkan:
- Bengkak pada salah satu buah zakar. Biasanya bersaiz kacang pea tetapi kadangkala lebih besar.
- Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar.
- Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
- Rasa buah zakar lebih berat.
- Rasa sakit di bahagian bawah perut atau pangkal paha.
- Cecair tiba-tiba berkumpul paca buah zakar.
- Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
- Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.
Siapakah yang berisiko?
Lelaki muda yang berusia antara 15
hingga 35 tahun merupakan golongan yang paling berisiko tinggi.Tetapi
serangan kanser jenis ini jarang berlaku iaitu empat daripada 100,000
lelaki. Puncanya masih tidak diketahui namun statistik menunjukkan
lelaki caucasian lebih cenderung diserang kanser buah zakar berbanding
Latin, kulit hitam dan Asia.
Lelaki yang dilahirkan dengan buah zakar
terbentuk di dalam bahagian bawah perut bukan skrotum (kantung buah
zakar) lebih berisiko diserang kanser buah zakar. Keadaan ini tidak akan
berubah melainkan secara pembedahan.
Lelaki yang mengalami lain-lain masalah
buah zakar turut berdepan risiko yang lebih tinggi kanser jenis ini.
Pencemaran didakwa turut menyumbang dalam serangan kanser buah zakar
berdasarkan jumlah kes yang boleh dikaitkan dengan faktor tersebut sejak
30 tahun lalu. Namun hipotesis itu terus kekal menjadi hipotesis.
Melakukan pemeriksaan diri sendiri.
Cara terbaik untuk mengesan kanser di
peringkat awal acalah dengan melakukan pemeriksaan diri sendiri, yang
mana harus dilakukan oleh setiap lelaki yang berusia 15 tahun clan ke
atas. la mudah, cepat can tidak menyakitkan. Lebih kerap melakukannya,
anda akan lebih biasa dengan saiz normal can tekstur buah zakar.
Sekiranya timbul sebarang keganjilan, dengan pantas anda dapat
mengesannya.
Apa yang harus anda lakukan ialah:
1. Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merelakskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.
2. Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.
3. Periksa setiap buah zakar cengan
kedua-dua tangan. Pegang dengan menggunakan ibu jari can jari hantu dan
perlahan-lahan gerakkannya.
4. Pastikan kedudukan epidermis, flub
lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma.Jangan
tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi paca
bahagian depan dan tepi buah zakar.
5. Sekiranya anda menjumpai benjolan,
teruslah berjumpa dengan pakar urologi. Kebanyakan benjolan bukan kanser
tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.
Apa yang boleh anda lakukan?
Rawatan terbaik adalah dengan mencegah
dengan mengesannya diperingkat awal. Dan berita baik mengenai kanser
buah zakar adalah mangsa boleh disembuhkan.Terdapat empat bentuk rawatan
iaitu pembedahan, kemoterapi, terapi radiasi clan pengawasan rapi.
Pembedahan adalah bentuk rawatan paling
lazim di mana buah zakar yang diserang akan dibuang melalui prosedur
yang dikenali sebagai inguinal orchietomy. Kadangkala nocus limfa di
bahagian perut turut dibuang sekiranya kanser telah berada di peringkat
kedua. Begitu juga dengan tisu-tisu lain bagi kanser peringkat ketiga.
Terapi radiasi melibatkan penggunaan
sinar cahaya bertenaga tinggi untuk membunuh sel kanser.Seminoma amat
sensitif dengan radiasi dan mati dengan cepat. Non-seminoma lebih
resistan, jadi terapi radiasi jarang digunakan.
Kemoterapi acalah rawatan bahan kimia
terhadap kimia. la merupakan prosedur yang kerap digunakan apabila
kanser telah merebak ke seluruh tubuh. Ubat disuntik mengikut tempoh dan
perkembangan pesakit dipantau. Cisplatin merupakan ubat kanser buah
zakar yang digunakan dengan meluas dan mampu menyembuhkan sehingga 92
peratus kes.
Kesan sampingan.
Membuang satu buah zakar tidak akan
mengganggu keupayaan lelaki untuk mengalami ereksi, orgasma atau
memiliki anak , sebelah buah zakar mampu melakukannya. Implan boleh
dibuat untuk menggantikan buah zakar yang telah dibuang, yang mempunyai
berat dan bentuk buah zakar yang normal.
Membuang nocus limfa juga tidak akan
menjejaskan ereksi dan orgasma. Tetapi ia boleh mengganggu kesuburan
disebabkan operasi pembedahan berkait dengan saraf mekanik ejakulasi.
Lelaki yang melalui pembedahan seperti ini harus berbincang dengan
doktor tentang kaedah-kaedah alternatif yang boleh dilakukan untuk
menyelamatkan saraf tersebut.
Sel normal turut terjejas oleh terapi
radiasi tetapi pesakit boleh sembuh. Radiasi tidak memberi kesan kepada
prestasi seksual tetapi boleh memusnahkan pengeluaran spe’rma buat
sementara waktu. Kesan sampingan fizikal termasuklah letih,cirit-birit
dan loya. Kadangkala kesan keradangan boleh terjadi pada kulit dan
doktor akan memberikan losen atau krim untuk melegakannya.
Kemoterapi menyebabkan kesan sampingan
yang lebih serius. la termasuklah keguguran rambut, hilang selera,
sistem imun tubuh yang rendah dan terdedah kepada serangan penyakit,
loya, muntah can ulser mulut. la juga turut menjejaskan pengeluaran
sperma. Sesetengahnya sembuh dalam tempoh beberapa tahun dan ada juga
yang kekal.
Bagaimana menangani.
Mengetahui anda diserang kanser adalah
sesuatu yang amat sukar untuk diterima. Perasaan bercampur-baur seperti
keliru, takut, kaku, menafikannya dan marah. Ada yang mengasingkan diri,
yang boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan bukan sahaja kepada diri
sendiri tetapi insan yang rapat dengan mereka.
Adalah penting untuk berbincang masalah
yang dihadapi dengan keluarga ‘ doktor dan teman-teman. la mengurangkan
rasa takut dan memberi keyakinan kepada diri tentang kehadiran keluarga
dan teman disekeliling yang sentiasa menyokong anda. Bagaimanapun mangsa
harus memulakan perbualan. Memaksa mangsa memulakan bicara biasanya
kurang produktif.
Kumpulan penyokong dan klinik khidmat
sosial adalah sumber yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat dan
kelegaan. Namun biasanya pesakit harus memiliki keberanian untuk
mendapatkan pertolongan sebaik sahaja mengetahui dia telah diserang
kanser buah zakar dan menenangkan perasaan ahli keluarga terdekat.
Cara paling mudah untuk mencegah
Walaupun kanser buah zakar jarang
berlaku, mangsanya dipilih secara rawak. Kaum lelaki perlu melakukan
pemeriksaan diri sendiri secara jujur, terutamanya jika tergolong dalam
kumpulan yang berisiko tinggi. Sernernangnya kanser buah zakar boleh
dirawat, namun ia bukanlah alasan untuk anda menjadi mangsa seterusnya.
Но Индивидуалки в Киеве Любовь — амор по-латыни, и индивидуалки Киева покажут вам, что такое настоящий секс и на что способна женщина в постели. Положительная девушка с сексуальными наклонностями. Образованна (студентка факультета культуры). Общительна. Сексуальна.
ReplyDelete